Satu Hadist Satu Hari

Bandung, 28 Februari 2022

Disiksa Di alam Kubur

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ وَإِنَّهُ لَكَبِيرٌ كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا بِكِسْرَتَيْنِ أَوْ ثِنْتَيْنِ فَجَعَلَ كِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا وَكِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا فَقَالَ لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW pernah keluar dari salah satu kebun yang ada di Madinah, lalu baginda mendengar suara dua orang yang sedang di seksa di kuburnya, setelah itu baginda bersabda: “Tidaklah keduanya diseksa kerana dosa besar namun hal itu adalah perkara yang besar, salah satu darinya adalah tidak bersuci dari kencingnya sedangkan yang lain selalu mengadu domba.” Kemudian baginda meminta sepotong pelepah kurma yang masih basah. Baginda membelahnya menjadi dua, sepotong baginda tancapkan di kubur yang satu dan sepotong di kuburan yang lain. Baginda kemudian bersabda: ‘Semoga ia boleh meringankan seksa keduanya selagi daun kurma ini belum kering.'(HR Bukhari No: 1361) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Setiap Muslim perlu memiliki akhlak yang sejahtera.
  2. Ada orang yang diseksa di alam kubur disebabkan akhlak buruk mereka semasa di dunia.
  3. Dua jenis penghuni kubur diseksa disebabkan tidak membasuh kencing dan kesalahan mengadu domba (menimbulkan permusuhan).

Jadilah seorang yang pembersih dan sentiasa menjauhi perbuatan mengadu domba.

28hb Februari 2022
26hb Rejab 1443H http://mawarchanel.data.blog


Komentar

2 tanggapan atas “SIKSA ALAM KUBUR”

  1. Iso sunarso Avatar
    Iso sunarso

    Bersih dari hadas kecil dan bersih dari hadas besar untuk melaksanakan sholat sesudah sholat berahlak baik dan tifak gibah insya Allah slamat dunia dan ahirat aamiin

    Suka

    1. Sae pak Iso

      Suka

Tinggalkan Balasan ke Iso sunarso Batalkan balasan

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai