Satu Hari Satu Hadis
Bandung, 15 Maret 2022

Puasa Hari Puteh (13, 14 & 15) Hijrah
ุนููู ุฃูุจูู ุฐูุฑูู ููุงูู ุฃูู ูุฑูููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฃููู ููุตููู ู ู ููู ุงูุดููููุฑู ุซูููุงุซูุฉู ุฃููููุงู ู ุงููุจููุถู ุซูููุงุซู ุนูุดูุฑูุฉู ููุฃูุฑูุจูุนู ุนูุดูุฑูุฉู ููุฎูู ูุณู ุนูุดูุฑูุฉู
Daripada Abu Dzarr RA dia berkata; “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas.” (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
- Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.
- Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)
- Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari Isnin dan Khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Rabu 16hb Mac, Khamis 17hb Mac dan Jumaat 18hb Mac ini.
- Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya sebulan penuh (kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda). Hadis Rasulullah SAW:
ู ููู ุตูุงู ู ุงููุฃูุจูุฏู ุตูููู ู ุซูููุงุซูุฉู ุฃููููุงู ู ู ููู ุงูุดููููุฑู ุตูููู ู ุงูุดููููุฑู ููููููู
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh.” (HR Muslim No: 1967)
Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini. Kita berpuasa sunat Hari-hari Puteh Rabu, Khamis dan Jumaat.
15 Maret 2022
12 Syaaban 1443 H
Beranda Menyongsong Massa
Tinggalkan Balasan