Puasa, Sedekah dan Qiamullail

Satu Hadits Satu Hari

Bandung, 20 April 2022/1443 H

https://youtu.be/OXCXJ10O86g

Puasa, Sedekah dan Qiamullail

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Daripada Mu’adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; “Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

  1. Pelbagai pintu kebaikan dianugerahkan kepada orang mukmin khususnya di bulan Ramadan antaranya ibadat puasa, sedekah dan Qiamullail.
  2. Ibadat puasa adalah pintu kebaikan yang menjadi benteng atau perisai seorang mukmin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
  3. Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.
  4. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati untuk bertakwa kepada Allah.
  5. Ibadah sedekah pula adalah pintu kebaikan seorang mukmin yang boleh menjadi penghapus daripada dosa. Hadis Nabi SAW:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (HR Bukhari no 5564) Status: Hadis Sahih

  1. Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merupakan pintu bebaikan seorang Mukmin untuk membina kekuatan rohani. Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari No:1145).

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail. Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

20 April 2022
18 Ramadan 1443 H

Beranda Menyongsong Massa


Komentar

Satu tanggapan untuk “Puasa, Sedekah dan Qiamullail”

  1. Halimah Avatar
    Halimah

    Subhannallah Maha suci Allah ..semoga kita semua di Rahmati dan tergolong menjadi Hamba” yg istiqomah ..Aamiin

    Suka

Tinggalkan Balasan ke Halimah Batalkan balasan

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai